cerita tentang sakit ni mungkin dalam seminggu dua baru boleh habis agaknya . dengan bersungguh sungguh aku mahu katakan disini bahawa aku sedang dilamun sakit cirit dihidung dan hentukan diotak . ya . dengar seperti tidaklah terlalu teruk tetapi bagi aku teruk kerana aku tidak mampu untuk menahan rasa cirit dan denyutan otak aku ini . *pura-pura menangis . dan tokok tambah dari aku lagi , suara aku seakan akan kucing tercekik tulang , sangat lunak merdu rasanya *bebal .
dan lagi , kata mak mahu ke langkawi membuatkan aku tarik muka kerana badan aku yang tak enak buat masa ini . mungkin aku akan tinggal dirumah dan menjaga bunga kesayangan mak selama beberapa hari *menangis tanpa purapura !
hati aku sakit dan aku mahu gelapkan lagi malam aku di atas katil yang empuk . kbye