manusia kata 2012 dunia akan berakhir . tapi betul ke ? wallahualam ..
bila dengar macam tu , hati manusia yang mana tak takut kan ? termasuk lah aku . terketar ketar kaki dan tubuh aku bila fikirkan tentang datangnya hari kiamat . dan masa itu . dajal akan keluar dan berusaha lagi nak menyesatkan manusia yang ada di seluruh dunia ini . paling takut sekali , adalah umat Islam . yang mana manusia yang hidup dengan kesenangan dan kegembiraan didunia , golongan itulah yang akan berasa paling takut . kerana , hidup didunianya lansung tidak menghiraukan perintah dan suruhan penciptanya , Allah s.w.t . paling menyedihkan , golongan ini tidak sempat untuk bertaubat . Allahuakbar . tersedia 'red carpet' untuk golongan macam ni ke neraka jahannam .
dan aku . mungkin tergolong dalam golongan ini . aku lalai . yup . memang aku dah ada kesedaran untuk berubah . kesedaran tentang dosa dosa yang pernah aku lakukan selama aku hidup di bumi Allah ini . tapi . pintu hati aku masih ketat untuk dibuka . aku nak sangat sangat berubah . tetapi . dalam diri aku ini masih kotor . hati aku hitam . terlalu banyak syaitan yang ada di dalam badan aku . sehinggakan . aku rasa yang aku ini tidak layak untuk berubah . aku takut aku tidak akan diterima oleh Allah . menangis aku bila fikirkan tentang hal ini . Allahuakbar . Allah Maha Besar . Allah Maha Pengampun . tapi hati aku kotor . tak layak aku untuk hidup di syurga . tak layak juga aku untuk hidup di bumi Allah ini . tapi aku tak mahu masuk neraka .
hari kiamat hanya dijangka oleh manusia pada tahun 2012 . tapi . Allah yang menentukan . mungkin esok lusa . dunia akan hancur . post aku kali ini cuma ingin berkongsi kesedaran aku dengan yang lain . yang sudi baca kesedaran aku ini . sebab . aku lihat . terlalu banyak kejadian aneh dan menakutkan yang dah terjadi pada manusia kat dunia ni .
manusia bertukar jantina . bencana alam yang telah berlaku sehingga berjuta manusia yang maut jika di-totalkan semua sekali . sumpah . aku takut . tapi boleh ke aku berubah ? boleh ke korang semua berubah ? akan terhapus ke dosa dosa masa silam kita ini jika kita berubah ?
berubah dan kesedaran je tidak cukup . bertaubat lah . taubat nasuha . dan berlaku baik pada keluarga dan orang sekeliling . insyaAllah . syurga yang kita akan hidu suatu hari nanti .
WALLAHUALAM ..
*sekali sekala kita berfikir untuk kebaikan . dan sekali sekala kita bercakap untuk kesedaran ramai . semua ini tiada salahnya . malah digalakkan lagi . walaupun diri kita sendiri juga yang tidak betul . sekurang kurangnya kita ada keinginan untuk berubah . kan ?