maaf . aku berbahasa kasar . aku kurang ajar . aku tahu . dan aku minta maaf . aku tak tahu apa ending nya . kau tuduh aku . aku tuduh kau . bila difikir fikir . aku tahu ini peluang kedua aku kerana kepercayaan yang pertama kau pada aku dah hancur . aku bernasib baik . kau bagi aku peluang yang kedua . tapi aku rasa peluang ini terlalu berat untuk aku pikul . terlalu besar untuk aku jaga . aku tak tahu apa yang terbaik buat kau . buat hubungan kita . aku sedar . aku banyak salah dengan kau . tapi aku tak tahu . apa semua yang jadi antara kita ni berpunca dari aku ke . aku betul betul tak tahu dan aku tak sedar . maksud aku , aku tak sedar ini semua salah siapa . dan jika ini semuanya salah dari aku . aku minta maaf .
mungkin kita dah tak sehaluan . aku dah tak pandai nak jaga kau . jaga hati kau . dan mungkin juga apa yang dah kau cakapkan pada aku itu , membuatkan aku berfikir dan berubah .
memang patut kau dah bosan dengan aku . memang patut kau dah menyampah meluat dengan aku .
kerana aku memang seorang yang membosankan . dan aku jugak seorang yang menjengkelkan .
yap . mungkin aku ini dungu . tolol kerana tak pernah mengerti diri kau . tolol kerana selalu berfikir tentang kau . terlalu kerap berfikir tentang hubungan kau dan aku . yap . memang salah aku .
aku tak dapat nak jalankan tanggungjawab aku dalam peluang kedua ini . ianya terlalu sukar untuk aku mengerti erti cinta .
HAHA tolol . yap aku memang tolol . menangis bila berfikir tentang apa yang kau cakapkan tadi . menangis bila bercakap tentang ini . menangis bila menaip semua kisah kita disini . aku tahu kau benci melihat air mata aku . kau benci dengar suara aku bila menangis . tapi aku tak mampu nak tahan air mata ni . kerana hati aku dah remuk . mungkin juga sudah tawar dengan setiap yang terjadi pada kita .
kerana itu aku menangis . menangis teresak esak macam budak kecil yang hilang mak kat gedung pakaian ;')
tapi aku dah cuba senyum . aku dah cuba nak pulihkan semua ini .
dan jika benar kita ini ada jodoh dan ditakdirkan bersama , aku akan berdoa supaya aku mahupun kau berjaya pulihkan hubungan kita . aku minta maaf , kawan . aku dah menangis dan membuatkan kau menyampah dengan aku sekarang . aku minta maaf tentang semuanya . salah aku .
maksud aku . ini semua salah beby . maafkan beby , dear ............