20110706

CERITA DALAM KEPALA

resah . gelisah . aku duduk . kaki aku menggeletar . aku baring . jantung dan tangan aku bergoncang . dada aku berdebar-debar seolah olah ada sesuatu yang akan terjadi pada diri aku atau orang terdekat dengan aku . istighfar istighfar istighfar . zikir selawat berdoa tanpa henti dari mulut aku . ok . aku dah boleh bertenang sikit . kepala aku berat . perlahan-lahan aku berjalan menuju ke bilik . aku tutup pintu dan aku baring di atas katil dalam keadaan resah . berzikir dan terus berzikir . meminta hati untuk supaya tenang . tibatiba . PAP ! otak aku teringat pasal cerita yang pernah aku baca dulu bertajuk SYAITAN .

"Ina menyalam dan mencium tangan Badrul dengan penuh tanda kasih sebagai seorang isteri yang menghormati suaminya yang akan pergi meninggalkan dirinya untuk melakukan kerja diluar kota . baru sahaja bernikah selama dua hari , Badrul terpaksa melakukan tugas diluar kota dan memendam perasaan rindu pada Ina , isteri yang dinikahnya itu . Ina mengucapkan selamat dan melambai kepada Badrul dimuka pintu rumahnya dan Badrul pula meneruskan langkahnya menuju ke kereta ayah mentuanya . jam menunjukkan pukul 10 malam . suasana begitu sunyi di kampung itu . Ina menutup pintu rumahnya dan dikunci rapi . termenung dia seketika di ruang tamu mengingatkan perkahwinan mereka kelmarin , tetapi kini ditinggalkan pula tanpa berteman di rumah nya . Ina berjalan kebiliknya dan dilihatkan dirinya di hadapan cermin . Ina yang suka memperagakan tubuhnya yang lansing dan digilai semua lelaki itu , mula berasa bangga dan tersenyum di hadapan cermin . dibukanya sehelai demi sehelai kain yang ada di tubuhnya sehinggalah tiada sehelai benang pun ditubuhnya . bertelanjang bulat dihadapan cermin , memperagakan tubuh sendiri . terdetik dihatinya mengapa suaminya , Badrul seperti berat ingin meninggalkan nya sebentar tadi . tibatiba . pintu rumahnya diketuk . Ina terkejut dan terus mencapai kain batik yang ada diatas katil . dengan keadaan berkemban , Ina membuka pintu rumahnya dan dia terkejut , melihat suaminya Badrul bersamasama beg pakaian yang dibawanya sebentar tadi berada di hadapan pintu .

Ina         : eh , abang tak jadi pergi ke luar kota ?
Badrul   : tidak .
Ina         : terus ? mengapa abang pulang semula kerumah ? ada barang yang tertinggal ya ?

tanpa menjawab sepatah perkataan dari soalan Ina sebentar tadi , Badrul terus naik kerumah dan memeluk Ina dengan erat . sepertinya nafsu seorang lelaki yang tidak dapat dikawal lagi . dicium ciumnya leher dan tubuh Ina tanpa menghiraukan apapa lagi . Ina yang dalam keadaan terkejut hanya mampu berdiam diri dan membiarkan kemahuan Badrul , suaminya . fikirnya mungkin suaminya masih belum puas bersamasama dirinya . keesokan harinya , bapa kepada Ina , Haji Wahid , datang kerumah Ina sekadar ingin menjenguk anaknya .

Hj Wahid  : Assalamualaikum ..
Ina            : Waalaikumussalam . oh bapak , naiklah .
Hj Wahid  :  Kau apa khabar, nak ? bagaimana tinggal seorang dirumah ? baikbaik sahaja kan ?
Ina            :  Khabar baik pak . malam tadi Abang Badrul masih ada dirumah , dia tidak jadi pergi keluar kota. jadi Ina ada teman lagi . (tersenyum manis)
Hj Wahid  :  Badrul masih dirumah malam tadi ?
Ina            :  Iya lah pak . mengapa muka bapak terkejut ni ? (ketawa kecil)
Hj Wahid  :  Tak mungkin Badrul masih dirumah malam tadi kerana semalam bapak yang menghantar Badrul ke luar kota . tetapi bagaimana kau boleh kata Badrul masih dirumah malam tadi ?
Ina            :  Tetapi malam tadi Abang Badrul ada tidur bersamasama dengan Ina , pak .
Hj Wahid  :  Ina , bapak yakin yang tidur bersama kau itu bukan Badrul , suamimu .
Ina            :  Maksud bapak apa ?
Hj Wahid  :  Itu hanyalah syaitan yang menyamar dan menyerupai sebagai suaminmu sahaja untuk memuaskan nafsunya dengan mendapatkan tubuhmu ."


okay cerita tu lebih kurang macam nila tapi kalau nak cerita panjang sampai panas laptop aku ni pun belum tentu lagi habis . dan ayat aku pun boleh jadi macam dahsyat (seperti diatas) . kesimpulan cerita ni . maksud aku . moral untuk cerita ini . seorang perempuan tidak elok berbogel atau berpakaian yang boleh merangsa nafsu seseorang lelaki . walaupun kalian berada seorang diri didalam bilik . jangan sesekali berbogel dan melakukan aksi yang tidak patut dilakukan . kerana , bukan hanya manusia yang akan tergoda , malahan syaitan juga turut gembira dan tergoda dengan tubuh kita . tambahtambah lagi jika tubuh 'korang' class A .

*jangan ingat telur je yang ada class A ,B, C . badan pun ada jugak class okay .

cerita yang aku baca ni dah terlalu lama . dari aku kanakkanak lagi . tapi sampai sekarang . aku masih ingat dan tak lupa lagi dengan cerita ni . sebab . cerita ni kisah benar yang pernah berlaku di Indonesia pada dulu kala . lepas aku baca dan teringat . sumpah terdetik rasa seram kat hati aku . renungrenung kan lah . kalau rasa badan korang cantik dan berharga . jangan lah selalu tayang atau jaja sana sini . dan jangan jugak buat semua tu walaupun seorang diri di sesuatu tempat . kerana makhluk halus sentiasa ada bersama kita . kalau taknak kena 'rogol' dengan makhluk halus mahupun syaitan . elakkan perkara yang dilarang oleh-Nya ya . kita sesama umat kena saling beringat . yang salah ditegur . selamat beramal .

dan tentang tubuh badan aku yang menggeletar dan hati berdebar-debar tadi tu . aku pasti . bukan kerana cerita yang bermain kat kepala otak aku ni . tetapi mungkin ada kerana sesuatu perkara yang tak dapat aku fikirkan buat masa ini . apa yang akan terjadi pada aku atau orang sekeliling aku ? Wallahualam .